...and the foot steps that I leave behind

Showing posts with label MyRhythms. Show all posts
Showing posts with label MyRhythms. Show all posts

Tuesday, December 13

blind spot.

buat apa cari yang sempurna, tapi tak mampu menyempurnakan.
buat apa yang ada kelebihan, kalau kelebihan itu tak menambah apa-apa pun.

ini adalah kata-kata seseorang yang tersentak, dan terjaga dengan alarm yang paling bingit dari lamunan fairytalenya yang sudah pasti tak akan jadi realiti.
betterlah alarm bingit tu, dari sakit kene gigit tebuan kan?

apa aku merepek ni?
oh ya, itu.




.......
gusar.
selalu sangat dan sangat selalu memohon dan berdoa semoga diri mendapat bimbingan dan petunjukNya.
tapi jarang sangat dan sangat jarang sedar yang petunjuk itu tak pernah hilang, kecuali diri sendiri yang tak mahu pandang.
Astaghfirullahalazeem......

Sunday, October 16

tanya sama pokok...



Pokok takkan summer,
Bunganya takkan spring.
Kalau akar sudah autumn,
dan baja pula winter.


i love trees. and i can't list any reason for why.






On our last Friday gathering, Isna pointed out one really significant point, the one that I have always thinking of. We are the lands, and everything else about us would be the trees that grew on the lands. If the tree represent faith, while the fruits and the flowers are the good deeds, would the fruit or flower of mine be in singular or plural form?






click the word pokok. <3

Tuesday, January 18

teksi, sekolah dan novel yang biasa.


hari Selasa macam biasa.

teksi,
masih mahal macam biasa.
lewat luar biasa.
rosak tanpa disangka.

sekolah,
masih tempat biasa,
berdiri tegap gagah perkasa,
di atas tanah,oh biasa.

novel,
bestnya hanya biasa-biasa.
cuba baca tekun macam biasa.
tapi gagal, mula rasa tak biasa.
mata tutup buku buka,
oh, itu luar biasa.

sekian.
yang biasa.

Tuesday, November 9

sebelum penat.


nangis kan penat,
jadi, jangan mula.
orang yang kita sayang, mereka cuma nak tengok kita senyum.
orang yang kita sayang, kita cuma nak tengok mereka senyum.
orang yang kita sayang, luruh hati mereka tengok kita nangis.
orang yang kita sayang, luruh hati kita tengok mereka nangis.
jangan biar hati siapapun luruh.
biar daun-daun itu luruh,
memang ini  musimnya.
biar sampai bintang-bintang ikut luruh,
malam dah terlalu gelap.
biar apa pun luruh,
iman jangan,
kasih jangan,
semangat juga jangan.
nangis kan penat,
jadi, jangan mula.


hanya mahu senyum..,sebelum penat.

Thursday, October 21

My heart goes rimbun...


She said thank you,
and my heart begins flowering..
ok fine..those tiny little crystals gathered as well..

Later, he said thank you,
then the petals blossom even more..
and immediately crystals become liquid..huuu

At the end, i said to myself , "OK, thanks!"
smiling, the flowers exploded and rimbun!
Yeah, spread all over, doubled and tripled..
now it is extremely full yet not too heavy to carry.
OH wait, actually its even lighter now.

Having lots of those happy flowers in my heart,
the more i have,
the lighter it feels.
Oh autumn,
please don't ajak my petals to fall too!

Wednesday, August 25

"TQ", says si 'cengeng'

Terima kasih
kerana bila hati si cengeng mula sebak, dan hampir rabak,
belum sempat larat dan merebak,
pasti ada Kau yang Maha Mendengar.
nyaman di hati yang resah,
tempat bergantung jiwa yang lemah.
La tahzan...
Dia yang Maha Melihat, Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani...

Terima kasih sekali lagi buat mereka,
yang setia dan sedia ada,
sejak ci cengeng ini mula belajar meraung,
buat kali pertama dan pada hari pertama.
Ada mereka, aku jadi aku.
Dan merekalah yang jadi asas, menentu hala,
Menukar kolam mata yang hangat mengelegak jadi berais,
dan aliran yang deras turut ikut beku.

Terima kasih kamu-kamu juga...
teman yang selalu hadir,
tak pernah jemu mahu penat,
mendengar dengan setia,
berkata tidak sahaja...

Jangan pergi, dan jangan biar aku hilang,
Si cengeng ini tak mampu sendiri...

Friday, July 16

halwa dan telinga


Si pemuzik cerita merayau rayau
14 negeri habis dijajah
mencari di serata ceruk daerah
telinga telinga yang sedang sunyi
yang laparkan hiburan muzik ceritanya

Si pemuzik cerita menemui telinga
telinga buta yang sunyi kini hinggar
mendengar alunan muzik rancak
cerita cerita pelbagai rentak

Si pemuzik cerita dan si telinga buta
terus berhibur memperdengarkan dan mendengar
permainan kata-kata ganda jadi cerita
cerita satu bertukar dua
cerita dua berganda tiga,
muzik cerita terus rancak
merdu nyaring, garau lalu serak
muzik cerita diteruskan

Si pemuzik cerita mencari telinga buta
lupa pada janji yang di beri
lupa pada kata yang tak di kota
cerita terus beralun, rancak dan meriah
makin banyak telinga yang panas
makin banyak hati yang marak
makin banyak mangsa yang parah
banyak juga ria si pemuzik cerita
apa sudahnya si pemuzik cerita
lagu yang sama diulang putar
diolah baru menjadi segar
apa sudahnya si pemuzik cerita
mencari telinga buta yang sunyi dari kata
apa sudahnya cerita si pemuzik cerita


p/s: Someone has inspired me to write this, for being truthfully concern of other's life more than h own life. Thanks for being such a caring person. Life is hard enough, hope you still have some free time to look after yours.