...and the foot steps that I leave behind

Friday, April 20

hadiah dari Dia.

tak ada apa lagi perkataan yang sesuai...nak describe my feeling, now, yesterday, few days ago..many2 days ago..many weeks ago, months ago.. anything after that magic moment.
there was this very magic moment..yang dibuat oleh my one and only magician yang mampu buat apa yang mustahil jadi nyata..dan sememangnya tiada yang mustahil bagiNya...
pada hari itu, ada satu lintasan yang sangat terkesan dalam hati..
tak tahu macam mana, dan kerana apa..
dan bermula dari detik itulah..

sesyukur yang mungkin,
aku bersyukur sebab Allah masih sayangkan aku..walaupun sangatlah banyak dosa dan khilaf, sangatlah derhaka, sangatlah degil, sangatlah entah apa lagi insan yang bernama aku ini...

dan beberapa yang lalu, datang lagi satu peristiwa demi peristiwa yang buat aku rase sangat disayangi.

Allah sayangkan kita,
Dia hadiahkan lagi orang-orang yang baik-baik yang menyanyangi kita..
bukan kerana apa, kerana sayang yang datang dari Dia juga..

apa perasaan bila nak berubah?
apa perasaan bila dapat pergi?
apa perasaan bila dapat jejak langkah kat sana?
apa perasaan bile first nampak; ia yang melambai, dan yang lambaiannya kini disahut?
aku rasa alhamdulillah.... ,aku rasa, cukup cukup cukup disayangi...

aku sayang Allah jugak..
sayangkan rasulNya
sayang sangat-sangat pada Islam...

dan beberapa hari yang cukup tenang lagi menenangkan ini,
buat aku lagi sayang dan lagi rasa disayangi...
Dia sayang kita..cara untuk tunjuk kasih sayang tu yang berbeza.

betul, dalam hidup, kita sentiasa buat perancangan..lepas ni nak buat apa, esok nak pergi mana, setahun lagi nak duk kat mane..apapun, rancangan Dia tetap yang terbaik.

dan inilah rancangan yang terindah dan paling manis yang pernah aku lalui..