...and the foot steps that I leave behind

Friday, July 16

halwa dan telinga


Si pemuzik cerita merayau rayau
14 negeri habis dijajah
mencari di serata ceruk daerah
telinga telinga yang sedang sunyi
yang laparkan hiburan muzik ceritanya

Si pemuzik cerita menemui telinga
telinga buta yang sunyi kini hinggar
mendengar alunan muzik rancak
cerita cerita pelbagai rentak

Si pemuzik cerita dan si telinga buta
terus berhibur memperdengarkan dan mendengar
permainan kata-kata ganda jadi cerita
cerita satu bertukar dua
cerita dua berganda tiga,
muzik cerita terus rancak
merdu nyaring, garau lalu serak
muzik cerita diteruskan

Si pemuzik cerita mencari telinga buta
lupa pada janji yang di beri
lupa pada kata yang tak di kota
cerita terus beralun, rancak dan meriah
makin banyak telinga yang panas
makin banyak hati yang marak
makin banyak mangsa yang parah
banyak juga ria si pemuzik cerita
apa sudahnya si pemuzik cerita
lagu yang sama diulang putar
diolah baru menjadi segar
apa sudahnya si pemuzik cerita
mencari telinga buta yang sunyi dari kata
apa sudahnya cerita si pemuzik cerita


p/s: Someone has inspired me to write this, for being truthfully concern of other's life more than h own life. Thanks for being such a caring person. Life is hard enough, hope you still have some free time to look after yours.