...and the foot steps that I leave behind

Tuesday, November 9

sebelum penat.


nangis kan penat,
jadi, jangan mula.
orang yang kita sayang, mereka cuma nak tengok kita senyum.
orang yang kita sayang, kita cuma nak tengok mereka senyum.
orang yang kita sayang, luruh hati mereka tengok kita nangis.
orang yang kita sayang, luruh hati kita tengok mereka nangis.
jangan biar hati siapapun luruh.
biar daun-daun itu luruh,
memang ini  musimnya.
biar sampai bintang-bintang ikut luruh,
malam dah terlalu gelap.
biar apa pun luruh,
iman jangan,
kasih jangan,
semangat juga jangan.
nangis kan penat,
jadi, jangan mula.


hanya mahu senyum..,sebelum penat.