...and the foot steps that I leave behind

Thursday, April 26

fitrah.

manusia dilahirkan dalam fitrah, dan dengan fitrah.

tapi manusia,
kena bersyukur, setelah sekian waktu..
terutama bagi manusia yang macam aku,
yang pernah dengan sengaja dan sangat sengaja,
duduk dalam gelap, menjauhkan diri dari cahaya.
yang dengan secara sengaja dan terlalu sengaja,
mendekati yang mungkar, dan menjauhi yang husna.
setelah sekian waktu..
sampai waktu aku sendiri rasa penat.
penat yang amat sangat...
aku akhirnya dapat pulang.
dan semoga hati kita akan terus dipayungi iman. 
penat jadi jahat.
penat tau. sangat-sangat penat.
dan paling penat adalah proses selepas itu.

old habits die hard. says the orang puteh.

buat benda jahat macam makan gula-gula. u know, sooner and later it will effect your teeth,
but u eat it anyway.
and i thought i dont like gula-gula.
not my taste.
but once a while,
sikit-sikit..
kadang-kadang..

and this, does count!
sikit, sekali, jarang-jarang.... all; counted.

in my life,
i love short cut soooo much.
i love discount as well..
but dalam hidup, tak semua benda you can ask for that.
dalam urusan agama especially, mana aci main diskaun-diskaun.
"takpe, singkat sikit je... " "takpe, lambat sikit je" "takpe, kurang sikit je.." "takpe, salah sikit je"...
semua sikit aje...tapi semua pun salah...
this short cut and discount lifestyle that i live in, and i still hold with me is indeed giving me headache now.

once, when i was so afraid that i wouldn't have enough time to apologies, to ask keampunan from Him, i read an article, about how sakit is actually 'washing' your sins away.
then i asked myself. Can i ask to get sick then? so that it will be faster.. faster and quicker for all my countless sins to be gone..forever?
and that, is also wrong. terribly wrong.

mana aci nak short cut macam tu plak.
tau pun penat nak bertaubat.
semoga penat tuh, akan jadi penghalang untuk aku dari terus mentop-up dosa.

kulllu nafsin dzaiqatul maut... 
and we, none of us know when malaikat maut will knock at our door.


so.. berubahlah dari sekarang..start slowly is better than nodding your head, say the istighfar but u remain the same. banyak orang including me, bila dengar apa-apa yang menyedarkan diri..terus rasa bersalah, rasa berdosa, rasa nak bertaubat..tapi rasa kekal rasa. esoknya, i wear the same ketat blouse, i delayed my solat fardhu again, i talk about people, and i this and that.
yes we can't change to be someone new in one day.
but we can change to be better and better and muchh better from day to day..if we start now lah..
how i wish, that i realise this much earlier.. much much earlier.. coz even a second earlier means a lot..but i can't change that anymore. pass is pass.

so i reallly really reallly hope that i can change it for others.
by saying, or typing this perhaps.?
oh, i just learnt that my name is a lot heavier than i thought.
and it caused me to feel responsible for myself, even more now.
what your name means? dont just read it, understand it. and then- make it real.

Friday, April 20

hadiah dari Dia.

tak ada apa lagi perkataan yang sesuai...nak describe my feeling, now, yesterday, few days ago..many2 days ago..many weeks ago, months ago.. anything after that magic moment.
there was this very magic moment..yang dibuat oleh my one and only magician yang mampu buat apa yang mustahil jadi nyata..dan sememangnya tiada yang mustahil bagiNya...
pada hari itu, ada satu lintasan yang sangat terkesan dalam hati..
tak tahu macam mana, dan kerana apa..
dan bermula dari detik itulah..

sesyukur yang mungkin,
aku bersyukur sebab Allah masih sayangkan aku..walaupun sangatlah banyak dosa dan khilaf, sangatlah derhaka, sangatlah degil, sangatlah entah apa lagi insan yang bernama aku ini...

dan beberapa yang lalu, datang lagi satu peristiwa demi peristiwa yang buat aku rase sangat disayangi.

Allah sayangkan kita,
Dia hadiahkan lagi orang-orang yang baik-baik yang menyanyangi kita..
bukan kerana apa, kerana sayang yang datang dari Dia juga..

apa perasaan bila nak berubah?
apa perasaan bila dapat pergi?
apa perasaan bila dapat jejak langkah kat sana?
apa perasaan bile first nampak; ia yang melambai, dan yang lambaiannya kini disahut?
aku rasa alhamdulillah.... ,aku rasa, cukup cukup cukup disayangi...

aku sayang Allah jugak..
sayangkan rasulNya
sayang sangat-sangat pada Islam...

dan beberapa hari yang cukup tenang lagi menenangkan ini,
buat aku lagi sayang dan lagi rasa disayangi...
Dia sayang kita..cara untuk tunjuk kasih sayang tu yang berbeza.

betul, dalam hidup, kita sentiasa buat perancangan..lepas ni nak buat apa, esok nak pergi mana, setahun lagi nak duk kat mane..apapun, rancangan Dia tetap yang terbaik.

dan inilah rancangan yang terindah dan paling manis yang pernah aku lalui..



Wednesday, April 4

kawan-kawan saya.

kawan-kawan saya cantik.
cantik luar,
cantik dalam.

kawan-kawan saya baik.
baik hati.
baik sangat-sangat.

kawan-kawan saya,
saya sayang sayang mereka.
sayang amat.

kawan-kawan saya,
saya bersyukur.
bersyukur yang tak terhingga.
kerana Allah swt
berikan saya nikmat kawan-kawan
yang cantik, baik, dan sangat saya sayangi ini.

semoga Allah membalas jasa2mu.
semoga kamu sentiasa dalam lindunganNya,
rahmatNya,
bimbinganNya,
dalam perjalanan menuju hari akhir ke pertemuan denganNya.

terima kasih ya Allah.
untuk nikmat ini.
terima kasih kawan-kawanku.
kamu-kamu adalah yang sebaik-baiknya,
dan terbaik.
sayang, sesayang-sayangnya pada kamu-kamu.

kamu tahu siapa kamu.
dan Dia juga tahu.