...and the foot steps that I leave behind

Sunday, January 1

matang??

dulu, zaman sekolah, zaman matriks, hingga ke zaman maktab, hinggalah ke u ni...
kadang-kadang tu, bila aku duk syok-syok sembang, cakap pung-pang-pung-pang itu ini, then tibe-tibe ade yang cakap;
"matang beb,cara ko cakap". Aku terdiam, secare mengejut ala-ala orang bawak kereta 100km/jam pastu tibe-tibe kene tarik handbreak. Aku sengih aje. Dalam hati, Tuhan saja yang tahu. Aku sedih actually, and ter shrink lah jugak hati aku. Mase tuh, word matang tu macam taboo benor, macam...macam...ermm..macam, ntahlah, aku rase, bila orang cakap matang actually maksud matang tu dalam bahasa selamba ialah; tua.
Pastu duk termenung, duk pikir, tua sangat dah ke aku. cara aku cakap macam orang tua sangat ke? kolot ke? ketinggalan ke? ape yer?? Matang, tua, itu semua adalah words yang negative je bagi aku.

Even sampai sampai sini, mase kumpul reramai kat rumah, tibe-tibe ada seorang kawan cakap, "Ko nampak matured la now. Siyesly". Dushh..matured tu cume mampu menukarkan bahasa, tapi meaning dier still sama bagi aku. sedih woooo...

Bile ade orang kate, "ko pakai macam ni kan, ko nampak matured giler". Pergh, ade tambah 'giler' lagi. Double sedih.

Hujung tahun lepas, atau dengan kata lainnya, beberapa hari yang lalu, kami gather-gather lagi..sambut Shari's birthday. Waahh..sembang rancak, plus games yang sangatlah mencabar minda bakal-bakal guru and so on, goes on and on and on sampai tibe-tibe tertengok jam tuh, rupenyer dah lepas waktu untuk Cinderella pulang ke kamar.
Syok sangat moment tuh...eh, bukan moment yang nak kena balik, tapi moment yang bersembang-sembang tu.
Mase sembang tuh, word matured, matang, dah besar and macam-macam lagi kuar lagi. Kami semua admit dengan sungguh, sungguh-sungguh.
Tapi kali ni, aku dah tak rase negative. For the first time.
Betul, memang kita dah makin tua. Semua orang pun adalah tua actually. Kenapa nak deny reality?
Semua orang adalah tua, dan lebih tua. Tua dari adik masing-masing, tua dari baby yang baru merangkak, even baby yang baru lahir pun lagi tua. Tualah dari zigot, embrio, fetus (ok, sorry my biology dah biol now, tak tahu susunan macam mane).
Semua orang adalah tua, dan akan continue men-tua. Kecuali mati.
Hakikat.
Umur tu tak penting, buat ape tua, kalau pemikiran macam budak-budak lagi.
Matang, matang tu bagus, matang buat orang fikir secare rational, dan bertindak secare profesional. So tak salah pun.... :)

Kamu-kamu dan kamu-kamu..
terima kasih kerana men-tua bersama saya selama ini.
And hey,
i wish,
and i pray,
that i can grow old with you..
all of you...
meaningfully...  and happily...with Allah swt  bless. :)
always.... amin.

No comments:

Post a Comment