...and the foot steps that I leave behind

Tuesday, January 31

gila kacang

i love kacang..and any dishes/kuihs/keks with kacang in it.-which is why i like kek carrot and nasi himpit sangat...

di suatu hari ketika sedang menyiapkan assignment, my junior posted her CNY dishes at FB.
hurmmm..ok..
i ok je, until this picture...picture of biskut kacang yang sedap giler tuh naek!! hurmmmmmm....menggugat hati seyh.
 peberet dari zaman kanak-kanak hingga nak jadi mak kanak-kanak kotttt..

so, dapat je link resepi dari jen yong terus lompat2 nak buat, but have to tangguh for a while with kerja-kerja yang banyak menimbun,
today, as i promised to myself,( that i'll do the kuih after hand in the works,)  n janji kan tak boleh mungkir,
so taddaaaaaaa....


the before masuk oven look

the sudah-masak look


the extra zoom dekat look..



*****

....the sudah masuk perut look... :p


oh ya, tengah2 buat biskut kacang tadi, tibe2 my housemate bagi news syok habis >>>> its SNOWINGGGGGGG!!!!! :)
memang syok.
^_^

Sunday, January 22

the pregnant schedule

Penuh.
My schedule for the past few days, was insanely sarat to the extent that it could compete with a lady who is pregnant for 8 months and a half. Giler exaggerate... ^^,

for the First one,
redha dan tawakkal.
Tiada musibah yang berlaku ke atas hambaNya melainkan dengan izinNya.
Rasulullah saw diriwayatkan bersabda,

Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan sebabnya sebahagian daripada dosa-dosanya 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mana-mana Muslim yang sakit atau terkena sesuatu musibah digugurkan dosa seperti pokok kayu gugur daunnya di musim luruh. 
(Riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud)

Musim luruh pasti akan berakhir...bi iznillah.... :) 


yang keDua,
tak tahulah macam mana nak karang kat my tutor... shall i just give her my poem separa tak jadi?
chapter 3 remains mystery, 
chapter 3 is such a misery,
 coz u know my chapter 3; 
i'm lacking battery,
got no more energy,
my schedule isn't that free,
thinking of you seems too scary,
thus i fall asleep and let it be,
i promise to you oh my honey bee,
soon i'll be back to my lappy,
and begin typing wholeheartedly,
the one entitled Chapter 3.
X_x


number Three;
 "HOME AND STAIRS" 




Last, but not the very least;
another three thousand words to go for Shakepeare's assignment. that's it. let stop and not making it five, five shall come in the next entry, insyaallah. 

Monday, January 16

seribu bahasa

The pending response;
Often, I have too much in mind that it took me a while to process anything from my surrounding that were just being uploaded. and sometimes, my 'a while' gets too long that people can no longer wait. I'm so sorry for that. so, so sorry.




Diam itu katanya lebih baik dari bicara, hence;

I typed.



"Diam itu tandanya setuju". penat menahan pipi dari meletuskan larva merah2 malu2 serama.. have no idea where did that come from. that out of the blue, purple,violet and indigo, suddenly I interrupt John's class, explaining about the classic example of our tradition with regards to marriage. -when the girl remains silence, she agreed.

Can we just take that for our daily life.

So if I muted myself again, just pretend that you heard me saying yes.just....

Tuesday, January 10

nak merasa syurga....

seperti biasa, selaku seorang yang sangat pandai melencong dari task, mase tangah settle kan bibliography dissertation tadi, aku pergilah melawat rakan-rakan kat facebook,twitter, blogs and so on.
terlihat, lalu terbace satu post.
tentang seorang anak cakap kat mak dier, dier nak pergi syurga sekejap, boleh tak?
belum sempat si emak cakap anaknya buang tebiatkah,
tibe-tibe si anak memeluk emak.
"mak, nak tukar fikiranlah, nak pergi syurga lama skit boleh?" -kata si anak lagi..

untungnya dia, boleh rase peluk mak dier lame-lame ..
tibe-tibe rase nak lari, tinggalkan semua ni, balik malaysia sekarang jugak..
nak lari selaju lajunya..lagi laju dari tears yang tengah rancak berlari jugak.
maa...i miss you..
but i'm sorry coz when i called you, i cant tell you that. takut you worry, of me being buang tebiat.
tulah, mase kecik-kecik dulu tak nak jadi sweet..
kalau dari kecik dah selalu cakap rindu nk peluk maa sure tak de masalah nak cakap now...


oh ya, petikan drama syurga ibu di atas adalah dari post blog aimanazlan the vlogger.

Friday, January 6

cantik.

Masa aku darjah berapa entah, mungkin dua atau tiga..
*asyik teringat zaman kanak-kanak*

aku selalu duk kagum tengok orang dalam TV.
Cantik.
Pastu aku terfikir, "cantek tol dorang ni...rambut pun lawa...tapi rambut kan aurat, mane bely tunjuk...huhu"
pastu datanglah idea dari planet mane ntah;
"kalo aku pakai rambut palsu, tu bukan rambut aku..takpelah lau tunjuk kan??" pastu tang leher, pakailah scarf ala-ala pramugari cite HongKong aku tengok petang-petang time tuh..huhuhu..
cehh..mase tu aku perasan, akulah yang paling pintar agaknyer...
tapi kejap je, sebab, tibe-tibe ade ustazah cakap, pakai rambut palsu tuh haram...dosa jugak..
terkedu aku kejap...

kejap je lar...

sebab,
aku dah besar.



dan yang paling penting,
aku dah sedar. :)


      .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .                          Alhamdulillah

Sunday, January 1

matang??

dulu, zaman sekolah, zaman matriks, hingga ke zaman maktab, hinggalah ke u ni...
kadang-kadang tu, bila aku duk syok-syok sembang, cakap pung-pang-pung-pang itu ini, then tibe-tibe ade yang cakap;
"matang beb,cara ko cakap". Aku terdiam, secare mengejut ala-ala orang bawak kereta 100km/jam pastu tibe-tibe kene tarik handbreak. Aku sengih aje. Dalam hati, Tuhan saja yang tahu. Aku sedih actually, and ter shrink lah jugak hati aku. Mase tuh, word matang tu macam taboo benor, macam...macam...ermm..macam, ntahlah, aku rase, bila orang cakap matang actually maksud matang tu dalam bahasa selamba ialah; tua.
Pastu duk termenung, duk pikir, tua sangat dah ke aku. cara aku cakap macam orang tua sangat ke? kolot ke? ketinggalan ke? ape yer?? Matang, tua, itu semua adalah words yang negative je bagi aku.

Even sampai sampai sini, mase kumpul reramai kat rumah, tibe-tibe ada seorang kawan cakap, "Ko nampak matured la now. Siyesly". Dushh..matured tu cume mampu menukarkan bahasa, tapi meaning dier still sama bagi aku. sedih woooo...

Bile ade orang kate, "ko pakai macam ni kan, ko nampak matured giler". Pergh, ade tambah 'giler' lagi. Double sedih.

Hujung tahun lepas, atau dengan kata lainnya, beberapa hari yang lalu, kami gather-gather lagi..sambut Shari's birthday. Waahh..sembang rancak, plus games yang sangatlah mencabar minda bakal-bakal guru and so on, goes on and on and on sampai tibe-tibe tertengok jam tuh, rupenyer dah lepas waktu untuk Cinderella pulang ke kamar.
Syok sangat moment tuh...eh, bukan moment yang nak kena balik, tapi moment yang bersembang-sembang tu.
Mase sembang tuh, word matured, matang, dah besar and macam-macam lagi kuar lagi. Kami semua admit dengan sungguh, sungguh-sungguh.
Tapi kali ni, aku dah tak rase negative. For the first time.
Betul, memang kita dah makin tua. Semua orang pun adalah tua actually. Kenapa nak deny reality?
Semua orang adalah tua, dan lebih tua. Tua dari adik masing-masing, tua dari baby yang baru merangkak, even baby yang baru lahir pun lagi tua. Tualah dari zigot, embrio, fetus (ok, sorry my biology dah biol now, tak tahu susunan macam mane).
Semua orang adalah tua, dan akan continue men-tua. Kecuali mati.
Hakikat.
Umur tu tak penting, buat ape tua, kalau pemikiran macam budak-budak lagi.
Matang, matang tu bagus, matang buat orang fikir secare rational, dan bertindak secare profesional. So tak salah pun.... :)

Kamu-kamu dan kamu-kamu..
terima kasih kerana men-tua bersama saya selama ini.
And hey,
i wish,
and i pray,
that i can grow old with you..
all of you...
meaningfully...  and happily...with Allah swt  bless. :)
always.... amin.