kerana bila hati si cengeng mula sebak, dan hampir rabak,
belum sempat larat dan merebak,
pasti ada Kau yang Maha Mendengar.
nyaman di hati yang resah,
tempat bergantung jiwa yang lemah.
La tahzan...
Dia yang Maha Melihat, Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani...
Terima kasih sekali lagi buat mereka,
yang setia dan sedia ada,
sejak ci cengeng ini mula belajar meraung,
buat kali pertama dan pada hari pertama.
Ada mereka, aku jadi aku.
Dan merekalah yang jadi asas, menentu hala,
Menukar kolam mata yang hangat mengelegak jadi berais,
dan aliran yang deras turut ikut beku.
Terima kasih kamu-kamu juga...
teman yang selalu hadir,
tak pernah jemu mahu penat,
mendengar dengan setia,
berkata tidak sahaja...
Jangan pergi, dan jangan biar aku hilang,
Si cengeng ini tak mampu sendiri...