...and the foot steps that I leave behind

Saturday, June 23

untunglahh!!

beruntunglah orang-orang itu.
Bukankah terlalu beruntung mereka?

Beruntungnya orang-orang yang sedang menyayangi seseorang pada hari ini, kerana mampu menyayangi seseorang itu juga adalah satu nikmat besar yang sungguh mahal, dan telah Allah berikan percuma kepada kita. ada orang yang tak mampu merasa sayang sesama manusia. maka masyarakat kita ada yang jadi pembunuh. ada orang yang tak mampu untuk sayang pada haiwan dan alam. maka kita juga ada para perosak. ada orang juga, yang hilang rasa sayang pada diri sendiri.. maka, mereka juga telah selamat hilang.

So...let's sayang menyayang, dan jadi orang beruntung itu!!!

Friday, June 1

mainan

orang kata, mimpi tu mainan tidur. tapi kalau betul mainan, how come kadang tu, bila jaga hati kita berdegup kencang macam taufan? mata kita berair tahan tsunami.. bukan ker mainan itu entertainment? hati patut girang, riang..
So, tak semua mimpi adalah mainan, or at least tak semua adalah patung barbie atau kerete kebal dan doll house.
Mungkin sebab kita tak selamnya budak.
Bila dewasa, mimpi yang menakutkan is no longer equal to mimpi hantu. Mimpi kenyataan lagi menakutkan.
Kata pakar yg anonymous, dalam tidur kita dlm separa sedar. maka benda-benda yg kita fikir masa jaga, sgt fikir or ape jelah akan dtg dlm mimpi. aku risau. sangat. sebab itu mainan ni datang setiap malam. mimpi sama over and over again. those that I worry about so so much is coming closer. and even closer when close my eyes.
InsyaAllah it would not happen. insyaAllah.